Assalamualaikum..
"mudah-mudahan hari ni lebih baik dari semalam. sedar tak sedar,pejam dan celik rupa-rupanya kita dah berada d tahun 09.umur pun makin meningkat.tahap kematangan berfikir pun,insyaAllah semakin matang dan bernas..sekadar perkongsian untuk sahabat2 yang suka berkongsilah..he he. saya selalu terfikir tentang industri nasyid tanahair yang hampir hilang statusnya."berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah"..nasyid hari ni sudah menjadi trend.bukan satu keperluan tapi sekadar kehendak.bila industri nasyid ini tidak berkembang, siapa yang harus dipersalahkan. masyarakat sebenarnya akan menuding jari kepada pendokong nasyid itu sendiri.ada yang menceburi dalam industri ini sekadar hobi.dan apabila ditanya, bernasyid adalah untuk berdakwah.persoalannya sekarang setakat manakah keberkesanan nasyid sebagai medan dakwah???? tapi itu pun lebih baik daripada mereka yang langsung tidak ada inisiatif.dalam penelitian saya, konsep yang dibawa oleh penasyid hari ini semakin dekat dengan konsep penyanyi yang bukan berada dalam industri nasyid.itupun mungkin salah satu cara untuk menarik minat mereka yang alah pada nasyid ini. Namun, secara jujurnya, nasyid ini sifatnya bermusim. Kadngkala, masyarakat lebih suka mendengar lagu-lagu nasyid nostalgia, yang mana ,irik dan lagunya menyentuh jiwa dan rohani bagi yang mendengarnya..

so, apa inisiatif baru bagi menarik semula masyarakat lebih cintakan lagu2 yang bole mententeramkan rohani.
NI sekadar perkongsian dan luahan. masing-masing boleh fikir. Sebenarnya, banyak lgi isu-isu yang boleh kita kongsi untuk melatih minda kita sentiasa berfikir dan hati kita merasa..tq kerana sudi berkongsi.
zal insan..
You need to be a member of Mirwana Space to add comments!
Join this Ning Network